Penjualan dan pengaktifan semula Pembinasa_kelas_Kidd

Pada tahun 2001, A.S. meluluskan pengaktifan semula dan penjualan kesemua 4 buah kapal kepada Tentera Laut Republik China. Kesemua kapal ini dipindahkan kepada Tentera Laut Republik China di bawah program Kuang Hua VII. Ia telah dijual dengan jumlah harga AS$732 juta dengan perkakasan yang dinaik taraf, pembaikan semula, pengaktifan dan latihan, termasuk beban muatan peluru berpandu lebih rendah iaitu 148 buah peluru berpandu anti kapal SM-2 Block IIIA dan 32 buah RGM-84L Block II Harpoon.[6] Proses pengaktifan semula telah dilakukan di Charleston, Carolina Selatan oleh VSE/BAV.[7]

Pembinasa kelas-Kee Lung

Dua buah kapal pertama, bekas-Scott dan bekas-Callaghan, telah tiba di Su-ao, sebuah pelabuhan tentera di timur Taiwan, pada Disember 2005, dan dinamakan semula sebagai Kee Lung dan Su Ao dalam satu majlish pentauliahan pada 17 Disember 2005. Berdasarkan tradisi menamakan kelas kapal, ROCN telah menamakan kapal-kapal ini sebagai pembinasa kelas-Kee Lung. Dua buah kapal seterusnya, bekas-Kidd dan bekas-Chandler, telah diserahkan pada tahun 2006, dan dinamakan semula sebagai Tso Ying dan Ma Kong.

Dewan Perundangan Yuan yang dikuasai oleh pembangkang asalnya telah memperuntukkan dana yang hanya cukup untuk membeli separuh jumlah peluru berpandu SM-2 yang boleh dibawa oleh kapal pembinasa ini; pembelian tambahan sebanyak 100 buah peluru berpandu SM-2MR kemudian dimasukkan ke dalam belanjawan tahunan pada tahun 2007 bagi memastikan kesemua empat buah kapal membawa jumlah muatan penuh SM-2.

Menjelang akhir tahun 2008, Su Ao telah dilihat membawa lapan buah peluru berpandu anti kapal HF-3 yang dipasang di tempat peluru berpandu anti kapal Harpoon.[8] Berdasarkan spekulasi, bermula tahun 2014 sistem peluru berpandu Sky Bow yang diubah untuk kegunaan di laut, kini dirancang untuk digunakan pada satu program pembinaan kapal yang melibatkan pembelian sehingga 15 buah kapal frigat kegunaan am dan tiga hingga keempat buah pembinasa pertahanan udara[9][10], yang mana juga bertujuan untuk mengantikan sistem peluru berpandu standard yang dipasang pada kapal-kapal ini. Tiada rancangan untuk Mk 26 - versi setara dengan peluru berpandu Sky Bow III yang diketahui wujud.

Rujukan

WikiPedia: Pembinasa_kelas_Kidd http://www.wretch.cc/album/show.php?i=luke822&b=10... http://www.prnewswire.com/news-releases/vsebav-com... http://destroyerhistory.org/coldwar/kiddclass/ http://destroyerhistory.org/coldwar/spruanceclass/ http://www.fas.org/man/dod-101/sys/ship/ddg-993.ht... http://www.globalsecurity.org/military/systems/shi... http://www.hazegray.org/worldnav/asiapac/taiwan.ht... http://mdc.idv.tw/mdc/navy/rocnavy/futureplan.htm http://www.taia.org.tw/doc/201606221644403747.pdf https://web.archive.org/web/20090219202357/http://...